Bahagian Akhir Kisah Qabil dan Habil

•Januari 16, 2009 • Tinggalkan Komen

Sebenarnya Qabil lupa bahawa setiap pekerjaan ada halangan dan cabarannya. Begitu juga dengan Habil yang menghadapi berbagai kesukaran sebagai peternak kambing. Dia juga keluar pagi pagi membawa kambing pergi mencari makan dan minum di kawasan yang berhampiran hutan, menjaga ternakannya dari gangguan serigala, mengubati kambingnya yang sakit dan itulah rutin harian seorang penternak.

Namun Qabil tetap tidak puas hati, nafsunya terus memberontak dan dia bersumpah Iklimiya’ miliknya walaupun apa terjadi. Lewat malam Qabil pulang ke rumah, dia dapati bapanya masih belum tidur. Kesedihan jelas terpancar di wajah Qabil.

Syaitan menyedari, Adam tidak memilih dalam memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. Esoknya Adam memanggil Qabil dan Habil dengan penuh kasih sayang dia berkata kepada kedua dua anaknya, “Wahai Qabil ! kamu korbanlah sesuatu dari hasil tanaman kamu kepada Allah. Wahai Habil! Kamu juga korbanlah sesuatu dari hasil ternakan kamu kepada Allah. Sesiapa yang korbannya diterima Allah, dialah yang berhak dan layak untuk berkahwin dengan Iklimiya’”. Kedua dua beradik setuju dengan cadangan bapa mereka. Mereka bersegera menyediakan korban untuk diserahkan kepada Allah.

Selepas itu Adam bersiap sedia untuk musafir ke Mekah menunaikan haji dan tawaf. Setelah selesai menunaikan haji dan tawaf Adam pun berangkat pulang dan meninggalkan Hindun di Mekah. Manakala Qabil dan Habil membuat persiapan untuk menyerah korban masing masing kepada Allah. Tanda korban diterima oleh Allah ialah turun cahaya putih dari langit lalu memakan korban itu, manakala tanda korban itu tidak diterima ialah korban itu dibiarkan begitu sahaja sehingga rosak tanpa disentuh oleh manusia, binatang dan burung.

Habil pun keluar pergi ke kandang kambingnya untuk memilih seekor kambing paling baik dari ternakannya. Akhirnya Habil memilih seekor kambing yang paling gemuk, paling kuat dan yang paling cantik untuk dijadikan korban. Oleh kerana Habil amat mencintai Allah, justeru itu dia memilih dan menyerah korban yang terbaik, yang ada di sisinya untuk Allah SWT.

Ada pun Qabil ialah seorang yang amat mementingkan diri sendiri. Dia pergi ke ladangnya untuk memilih hasil tanaman untuk dijadikan korban. Akhirnya dia memilih hasil tanaman yang paling buruk sebagai korban yang diserahkan kepada Allah. Itu bukanlah suatu perkara yang pelik dari Qabil kerana sikapnya yang mementingkan diri sendiri.Sikap orang yang mementingkan diri, dia tidak sanggup memberi apa yang terbaik dari miliknya untuk dikorban kepada orang lain sekali pun kepada Allah.

Setelah Qabil dan Habil memilih korban masing masing, mereka berdua pergi ke puncak bukit dan meletak korban mereka di sana. Mereka menunggu keputusan dari Allah. Masa penantian terus berjalan.Habil mengetahui bahawa korbannya akan diterima oleh Allah kerana dia telah menyediaka korban yang terbaik dari miliknya. Manakala Qabil dia berangan angan, bahawa dialah yang akan berjaya, sedangkan dia tahu bahawa Allah akan menerima korban Habil.

Masa yang ditunggu tunggu pun tiba. Mereka berdua nampak cahaya putih dari langit, lalu cahaya tersebut terus menyambar korban Habil. Habil pun terus sujud bersyukur kepada Allah kerana telah menerima korbannya. Tinggallah korban Qabil di situ tanpa disentuh dan tidak diterima oleh Allah.

Tiba tiba muncul syaitan dari kanan, kiri, depan, belakang dan di sisi Qabil lalu berteriak “Ha! Ha! Ha! Iklimiya’ dah terlepas dari gengaman engkau ha! Ha! Ha! Sesungguhnya ketika bapa kamu di Mekah dia berdoa supaya korban Habil diperkenan oleh Allah dan tidak berdoa untuk kamu Ha! Ha! Ha!” Qabil terus bertempit kepada Habil! “Aku bunuh kamu!” Habil dengan tenang menjawab; “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban dari orang orang yang bertaqwa. Jika sesungguhya kamu menggerakkan tangan kamu untuk membunuh ku. Aku sekali kali tidak akan menggerakan tangan ku untuk membunuh kamu, sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekelian Alam. Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali membawa dosa membunuhku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan orang orang yang zalim.

al-maidah-27al-maidah-28al-maidah-29

Al Maidah 27-29

Selepas itu Habil terus pulang ke rumah. Sebenarnya Qabil lebih gagah dari Habil dan mudah diperdaya oleh syaitan tetapi Habil walaupun lemah dari Qabil, dia tidak taat kepada syaitan dan tidak dengar pujukan syaitan. Habil tidak sanggup menyakiti saudaranya Qabil walaupun dia terpaksa membayar dengan harga dirinya.

Qabil tidak mampu mencari helah lagi, akhirnya Habil akan dikahwin dengan Iklimiya’ oleh bapanya kerana korban diterima oleh Allah. Lalu pemikiran jahat terus bergelombang kuat dalam pemikiran Qabil seperti laut yang bergelombang ganas di waktu malam yang gelap yang tiada penghujungnya atau tidak ada jalan keluar melainkan ia membunuh Habil.

Qabil terus berjalan mundar mandir ke hulu ke hilir tidak tahu ke mana arah tujuan, sehingga lewat malam barulah ia sampai ke rumahnya. Pada malam itu dia tidak dapat tidur, seolah-olah malam, langit dan bumi semuanya menentangnya dan menyokong Habil. Syaitan terus menghasutnya “Ha! Ha! Ha! Qabil tidak dapat kahwin dengan Iklimiya’ yang cantik jelita Ha! Ha! Ha! Alangkah indah dan bahagianya Habil dan Iklimiya’… ” begitulah berlalunya malam itu Qabil tidak dapat tidur, sedar sedar hari sudah siang dan dia bertekad hari aku akan bunuh Habil.

Habil seperti biasa awal awal lagi telah keluar bersama ternakannya di kaki bukit.Qabil tidak pergi ke ladangnya sebaliknya dia mengekori Habil tanpa disedari. Dari tempat persembunyiannya dia melihat Habil begitu leka menjaga binatang ternakannya. Dia perlahan lahan mendekati Habil sambil membawa seketul batu yang besar. Setelah dia betul betul berada di belakang Habil, dia terus memukul kepala Habil tersembur darah keluar dari kepala dan Habil jatuh tersungkur tidak bernyawa lagi. Tiba tiba syaitan ketawa terbahak bahak “Kah! kah! kah! kah! kah!” kerana dia telah menang satu lagi peperangan menentang Adam. Pertama dia berjaya mengeluarkan Adam dari syurga, kedua dia menyaksi sendiri Qabil membunuh Habil.

Qabil termanggu di depan mayat saudaranya, dia tahu apa yang harus dilakukannya. Akhirnya dia memikul mayat saudara di atas bahunya dan terus berjalan tanpa berhenti dan tidak tahu apa perlu ia lakukan terhadap mayat saudaranya. Setelah lama berjalan dan merasa letih, dia pun berhenti berehat seketika tiba tiba dia terpandang dua ekor burung gagak sedang bergaduh sehingga seekor terbunuh. Lalu burung gagak yang masih hidup menggali lubang, apabila lubang siap digali burung gagak tadi menarik kawannya yang mati ke dalam lubang tersebut, kemudian burung gagak menimbus lubang tersebut setelah selesai menimbus burung gagak itu pun terbang. Qabil mengetahui Allah telah mengutuskan dua ekor burung gagak untuk mengajarnya bagaimana mengebumikan mayat saudaranya lalu Qabil menangis sambil berkata; “Aduhai celakalah aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu aku dapat mengebumikan mayat saudara ku ini.”


al Maidah : 31

Peristiwa pembunuhan Habil, menyebabkan satu per enam daripada penduduk dunia ketika itu binasa. Selepas itu Adam pun sampai ke rumahnya pulang dari mengerjakan haji dan tawaf di Mekah. Peristiwa pembunuhan itu juga menyebabkan bumi tidak menyerap darah Habil, pokok tumbuhan tumbuhan mula tumbuh duri dan binatang menjadi liar dan takut mendekati manusia.

Setelah mengetahui Adam kembali, lalu Qabil segera menangkap dan memaksa Iklimiya’ lari bersamanya, pergi jauh dari bapanya. Adam berkata pergilah kamu bersama kemurkaan Allah dan kemarahan ku kepada kamu dan sesiapa yang melakukan perbuatan seperti kamu akan mendapat kemurkaan yang sama dari Allah.

Qabil juga mendapat balasan yang sama, akhirnya dia juga dibunuh oleh anaknya, dan bermula siri pembunuhan yang berterusan di dunia hasil perbuatan pembunuhan pertama oleh Qabil.

Adapun Adam a.s, Allah telah mengurniakan seorang anak lelaki yang baik dan taat bernama Shiis a.s dengan pengurniaan itu kebaikan telah berjaya mengalahkan kejahatan.

Beberapa pengajaran dari Kisah Qabil dan Habil:

  1. Permusuhan syaitan terhadap manusia, oleh itu kita jangan sekali kali taat kepada syaitan, bahkan kita wajib menjadikan sebagai musuh utama sebagai yang dikehendaki oleh Allah

  2. Maksiat punca kemurkaan Allah SWT dan taat adalah sebab mendapat rahmat Allah SWT.

  3. Kita hendaklah mengorbankan apa yang terbaik dari milik kita untuk Allah SWT.

  4. Kita hendaklah sentiasa taat pada perintah Allah dan beriltizam dengan syariat Allah SWT.

 

Rujukan:-

Al Maidah : 27-31

Cerita cerita dalam al Quran

Tafsir Ibnu Kathir

Sumber dari: http://ustmuhammad.wordpress.com/2008/12/30/bahagian-akhir-kisah-qabil-dan-habil/

Kisah Habil dan Qabil (bahagian 2)

•Januari 16, 2009 • Tinggalkan Komen

Apalah jika dibandingkan menghadapi kesukaran hari-hari di dunia dengan hari-hari kebahagian di syurga. Inilah hal keadaan Adam dan Hawa, mereka berdua tetap terus berusaha, bekerja keras tidak ada sesiapa membantu atau menjadi penolong kerana hanya mereka berdua sahaja yang hidup di bumi luas

Allah SWT hendaklah menurunkan syariat atau agama dan pendidikan kepada Adam.

Adam berkata; “Hanya kami berdua sahaja di dunia, kepada siapakah syariat ditujukan dan kami kepada siapa akan diajar syariat?”

 

Adam teringat Allah telah akan memenuhi dunia dengan keturunannya. Adam ternanti-nanti bilakah Allah akan mengurniakan kepadanya zuriat.

Beberapa hari berlalu, Hawa telah hamil dan Adam amat gembira, dia bakal menjadi bapa. Kesukaran semasa Hawa mengandung samalah seperti kesukaran yang dirasai oleh ibu-ibu kita, rasa letih, sakit dan kadang-kadang rasa macam nak mati.

Allah telah mengurniakan kandungan kembar kepada Hawa, seorang lelaki dan seorang perempuan. Adam amat gembira dengan kurniaan Allah dan memuji kebesaran Allah SWT, anak lelaki diberi nama Qabil dan anak perempuan diberi nama Iklimiaya’. Iklimiaya’ seorang anak sangat yang cantik dan comel sesiapa yang memandang wajahnya tidak akan merasa puas dan jemu.

Selepas beberapa bulan Hawa mengandung lagi, kali ini juga dia dikurniakan oleh Allah kandungan kembar. Seorang lelaki yang diberi nama Habil dan seorang perempuan diberi nama Lubuda. Keempat-empat orang anak membesar dengan penuh kasih sayang.

Adam tidak membezakan kasih sayang kepada empat anak-anaknya berdasarkan rupa paras, kesemuanya diberi kasih sayang yang sama rata.

Semakin hari anak-anaknya semakin membesar, mereka mula menolong ibubapa mereka.Qabil memilih untuk bercucuk tanam membantu bapanya. Tanamannya semakin subur dan mendapat hasil yang banyak, hasil tanamanya dijadikan sebagai makanan kepada keluarganya.

Manakala Habil menjadi penternak, dia menternak kambing, unta dan lembu, supaya mereka sekeluarga dapat minum susu, memakan daging. Kulit kambing, unta dan lembu dijadikan pakaian, hamparan dan bekas makanan dan minuman.

Manakala Iklimiaya’ dan Lubuda, mereka berdua membantu Hawa mengemas rumah, masak dan sebagainya. Setelah waktu petang Nabi Adam dan anak-anaknya pulang ke rumah, kemudian membersihkan diri masing-masing. Selepas mereka sekeluarga makan bersama. Ketika makan Qabil dan Habil memcuri-curi pandang kepada Iklimiaya’ yang cantik jelita. Sehingga terserlah keburukan pandangan Qabil dan Habil kepada Iklimiaya’

Perkara ini bukan lagi menjadi rahsia kepada Nabi Adam as. Adam as merasakan kedua anak lelakinya telah meningkat dewasa, telah bersedia berkahwin. Nabi Adam as merasakan dia perlu mengahwinkan putera-puteri dengan segera.

Oleh kerana di bumi ketika hanya ada mereka berempat, maka Allah menurunkan syariat kepada Adam as supaya mengahwinkan putera dan puterinya.dengan syarat tidak boleh berkahwin dengan pasangan kembar masing-masing. Qabil kena kahwin dengan Lubuda yang merupakan kembar kepada Habil. Manakala Habil kena kahwin dengan Iklimaya’ kembar kepada Qabil.

Nabi Adam as berazam akan mengahwinkan anak-anaknya setelah selesai makan. Apabila selesai makan Adam memanggil isteri dan semua anak-anaknya dalam tersenyum Adam berkata telah sampai masa untuk Qabil dan Habil berkahwin. Qabil dan Habil amat gembira dengan kenyataan bapa mereka. Manakala dua puterinya, muka mereka berubah kemerah-merahan kerana malu.

Lalu Nabi Adam berkata; “Maka aku mengahwinkan Qabil dengan Lubuda dan Habil dengan Iklimiaya’.”

Semua anak-anaknya bergembira kecuali Qabil dalam keadaan marah dia bertempik; Habil sekali-kali tidak boleh berkahwin dengan Iklimiaya’ kerana Iklimiaya’ hanya untuk dirinya sahaja dan dia lebih berhak dari Habil.

Nabi Adam as cuba menenangkan kemarahan Qabil dengan berkata; “Wahai Qabil! yang kusayang, sesungguhnya Allah telah mengharamkan Iklimiaya’ kepada kamu! Dia hanya halal untuk Habil. Maka kamu kenalah taat dengan perintah Allah.”

Qabil menjawab dengan penuh beremosi; “Tidak! Saya tidak sekali-kali akan taat melainkan hanya kepada diri saya sahaja.Iklimiaya’ untuk Qabil bukan untuk Habil.” Adam terus berkata “Allah menyuruh kamu berkahwin dengan Lubuda.” Qabil merasakan bara api kemarahan terus bernyala di dalam dadanya sambil memandang kepada Iklimiaya’ dan dia dapati alangkah cantiknya Iklimiaya’ seolah-olah mentari yang bersinar di waktu malam. Qabil tidak menyedari bahawa api kemarahan itu dinyalakan oleh syaitan,

Lalu Qabil keluar, perasan marah hampir membunuhnya. Dia berjalan ke hulu dan ke hilir tidak tentu arah dan tidak tahu ke mana dia pergi, yang berlegar-legar dalam fikirannya hanyalah Iklimiaya’.

Syaitan dapati Qabil amat mudah untuk diperangkap, dia amat bergembira lalu mendatang was-was dengan membisik-bisik di dalam hati Qabil dengan berkata; “Hah! Ha ! Ha! Bapa kamu lebih sayang kepada Habil sebab itu bapa kamu kahwinkan Habil dengan Iklimiaya’ yang cantik jelita dan kahwinkan kamu dengan Lubuda yang hodoh.”

Syaitan terus menghasut dan menyalakan api permusuhan Qabil terhadap Habil, lalu ia berbisik-bisik kepada Qabil; “Cuba kamu tengok Habil jadi penternak, kerja dia tak susah dan tidak meletihkan, kamu pula jadi pesawah kena bangun awal, kena bajak tanah, kena baja tanah, kena tanam benih, kena jaga anak benih, kena tuai tanaman….. selepas susah payah dan letih kena kahwin dengan Lubuda yang hodoh ….Habil senang-senang dapat kahwin dengan Iklimiaya’ yang cantik jelita! Ini mana adil!!!”

 Sumber dari: http://ustmuhammad.wordpress.com/2008/04/22/kisah-habil-dan-qabil-bahagian-2/

Kisah Qabil dan Habil (bahagian 1)

•Januari 16, 2009 • Tinggalkan Komen

Adam a.s telah mengingkari larangan Allah. Dia dan Hawa makan buah dari pohon khuld yang diharamkan Allah ketika berada di dalam syurga. Akibatnya kedua-duanya dicampak oleh Allah ke bumi.

Syaitan berasa amat gembira dan ketawa kepada Adam dan Hawa, selepas dia berjaya meragukan Adam dan Hawa sehingga mereka makan buah dari pohon khuld dan diusir oleh Allah dari syurga. Syaitan juga diusir dan dicampak ke bumi.

 

Adam dan Hawa amat menyesal dengan kesilapan terhadap Allah, tetapi syaitan amat gembira kerana telah menyesatkan Adam dan Hawa. Bermula dari detik itu Adam dan Hawa mengetahui dan mengenali syaitan merupakan musuh utama kepada keturunannya.

Adam dicampak oleh di sebuah bukit Hind. Manakala Hawa dicampak di sebuah bukit di bumi Hijaz (Arab Saudi).Adam dan Hawa tidak tahu di mana mereka berada dan bagaimana cara mereka bertemu. Ketika itu di bumi tidak ada makhluk lain kecuali mereka berdua.

Adam dan Hawa menanggis dan mereka bertaubat, akhirnya Allah menerima taubat mereka dan berjanji satu hari nanti mereka akan kembali ke syurga.

Tetapi mereka berdua masih terpisah, Adam berjalan ke hulu dan ke hilir namun ia tetap tidak berjumpa dengan sesiapa pun. Lalu Adam menyeru, seruan tidak mendapat sambutan sebaliknya dia hanya mendengar lantunan suaranya.

Adam teringat ketika di dalam syurga, Malaikat mengelilingi arash Allah swt, bertasbih mengagung kebesaran Allah dan memujiNya (Subha nalLah) (AlhamdulilLah) dan menafikan Allah dari segala keaiban.

Adam berkata; “Wahai Tuhanku! Aku keseorangan bertasbih kepadaMu di bumi yang luas ini.Ada tak orang lain yang bertasbih kepadaMu di bumi ini?”

Allah berjanji dengan Adam bahawa dikalangan anank-anaknya dan keturunannya yang sedia bertasbih dan memuji kebesaran Allah swt. Mereka akan membina masjid untuk bersembahyang dan berzikir kepada Allah. Di antara masjid itu ialah BaitulLah hil Haram, mereka menunaikan haji dan tawaf di BaitulLah hil Haram dan mereka datang dari seluruh pelusuk dunia. BaitulLah adalah bangunan yang pertama wujud di bumi ini.

Adam berkata; “Wahai Tuhanku! Di mana kedudukan BaitulLah hil Haram?”

Allah SWT memberitahu Adam BaitulLah berada di bumi Mekah

Adam berasa begitu rindu dan terpanggil untuk menziarahi BaitulLah. Allah mengetahui kerinduan dan keikhlasan Adam untuk menziarahi BaitulLah, lalu Allah memerintah

Adam segera pergi ke BaitulLah untuk tawaf dan berzikir kepada Allah.

Adam berlari dengan sepenuh tenaganya dan bercita-cita melakukan tawaf di BaitulLah seperti yang dilakukan oleh Malaikat di Baitul Makmur di langit mengelilingi Arash Allah SWT. Ketika Adam berlari ke Mekah, dia merasakan seolah-olah Allah mengurniakan kepadanya dua sayap dan sampai ke Mekah dalam waktu yang segera. Dari jauh dia nampak bayangan manusia lain. Dia terus mendekatinya dan berasa yakin itu adalah Hawa. Hati amat gembira kerana akhirnya dia bertemu kembali dengan Hawa.

Mereka bertemu di sebuah bukit di Mekah yang dikenali dengan Arafah.

Mereka berdua segera bertolak ke BaitulLah, sampai ke BaitulLah mereka dapati ada sebiji permata lalu mereka tawaf mengelilinginya dan banyak berzikir kepada Allah.

Selepas tawaf Adam dan Hawa memulakan perjalanan ke Hind. Perjalanan yang amat mengembirakan mereka lebih-lebih Allah telah menerima taubat mereka.

Bermula kehidupan baru, di dunia yang penuh dengan kesusahan dan keletihan. Di dalam syurga Adam dan Hawa tidak pernah merasa lapar dan dahaga. Lapar dan dahaga merupakan dua petanda bagi perut manusia. Adam dan Hawa berasa sakit dalam perut, mereka tidak tahu kenapa? Perut mereka terus sakit sehingga mereka tidak mampu berjalan, tidak boleh tidur, kepala pening dan kedua-dua mata tidak melihat dengan baik.

Malaikat Jibrail turun lalu mengayakan sakit perut yang dialami oleh mereka.

Malaikat berkata; “wahai Adam! Inilah kelaparan.”

Adam menjawab; “kelaparan!!! dengan penuh kehairanan. Apa yang perlu aku buat?”

Malaikat; ‘Berdoalah kepada Allah supaya memberi kamu makanan dan mengeyangkan kamu.”

Mengalir air mata Adam dan Hawa kerana mereka teringat ketika di dalam syurga, mereka makan buah-buahan dari pokok dan meminum air dari sungai. Alangkah ruginya nikmat yang telah hilang! Alangkah rugi kerehatan yang telah berlalu! Mereka berdua terus berdoa kepada Allah SWT.

Tetapi perut terus berteriak kelaparan, bunyinya semakin kuat dan kelaparan bertambah lapar hampir-hampir membawa kematian. Adam dan Hawa amat bersungguh sungguh meminta pertolongan dan bermunajat kepadaAllah SWT.

Akhirnya Jibril turun membawa benih gandum dan diletakkan dalam tangan Adam sambil berkata wahai Adam! Ini makanan kamu yang diambil dari syurga.

Adam berasa amat gembira lalu berkata; “sekarang boleh aku makan?”

Jibril; “tidak! Bahkan kamu hendak semainya di dalam tanah.”

Bersegeralah Adam menyemai benih gandum, selepas Adam menyemai Allah terus menumbuhkan pokok gamdum. Adam amat gembira dan berkata: “wahai Jibril! Boleh aku makan sekarang?”

Jibril; “tidak! Kamu kena tuai dulu?’

Adam; “macam mana menuai?”

Lalu Jibril mengajar Adam menuai. Oleh kerana terlalu lapar Adam tidak ada helah melainkan segera menuai gandum seperti yang diajar oleh Jibril. Apatah lagi bila Adam melihat Hawa menanggis menahan kelaparan. Adam terus menuai dengan penuh tekun sehingga selesai menuai dan bersyukur kepada Allah dengan memuji alhamdulilLah.

Kemudian dia berkata kepada Jibril; “sekarang bolehkah saya dan Hawa makan?”

Jibril; “tidak! Kamu kena asingkan gandum yang boleh dimakan dengan yang tidak boleh dimakan. Dalam keadaan keletihan Adam berkata; bagaimana cara mengasingkan gandum?”

Maka Jibril terus mengajar Adam cara mengasingkan gandum

Adam terus mengasingkan gandum yang boleh dimakan dengan yang tidak boleh dimakan seperti yang diajar oleh Malaikat Jibril. Perutnya berbunyi semakin kuat seolah-olah sebahgian berlanggar dengan sebahagian yang lain. Adam terus bekerja keras sehingga badan terus dibasahi oleh peluh yang mengalir keluar dahi ke hidung, ke pipi dan ke mulutnya. Setelah selesai mengasingkan gandum Adam mengenggam gandum untuk di suap ke mulutnya, tiba-tiba Malaikat Jibril berkata;” tunggu dulu wahai Adam! Kamu kena hancurkan gandum dahulu.”

Dalam kelaparan yang semakin mencengkam Adam bertanya bagaimana cara menghancurkanya?

Lalu Malaikat Jibril mengambil dua ketul batu dijadikan sebagai pengisar dan berkata inilah pengisar.

Adam pun pengisar dan segera mengisar gandum. Dalam tercunggap-cunggap dan nafas yang terputus-putus dia terus mengisar gandum. Apa yang bermain difikiran hanya makanan untuk diri dan isterinya. Setelah selesai mengisar sekali lagi Adam mengenggamnya untuk makan. Malaikat Jibril berkata“Ehh eeh eeh Adam !tunggu dulu tak boleh makan lagi kamu kena uli dulu.”

Oleh kerana terlalu letih Adam berasa malas dan berasa amat sedih bila mengenangkan ketika dia di dalam syurga dan sebab dia diusir dari syurga dia mengeluh! Alangkah baiknya jika aku tidak melanggar perintah Allah! dan aku tak perlu makan pokok gandum.

Malaikat Jibril terus mengajar Adam cara menguli tepung gandum dan Adam mengikut cara menguli tepung, semasa Adam terus menguli sehingga sebati Malaikat berkata; “wahai Adam selesai menguli kamu kena bakar dahulu kemudian baru makan.”

Adam: “bagaimana cara membakarnya?”

Malaikat Jibril; “Nyalakan api”

Adam; “macam mana nak nyalakan api?”

Malaikat Jibril; “pergi himpun ranting-ranting kaju yang kering lalu Adam segera mengumpul ranting kayu yang kering dan dibawa kepada Malaikat Jibril.”

Malaikat Jibril mengambil dua ketul batu lalu dipukul kedua-dua batu percikan api lalu menyambar ranting yang telah dikumpul Adam.

Adam segera meletak sebahagian tepung yang diuli di atas api lalu terbakar dan terkena tangannya dan berteriak kesakitan.Maka Malaikat Jibril berkata; “Kamu telah melanggari perintah Allah maka api pun membakar kamu wahai Adam!”

Kemudian Malaikat Jibril mengajar cara membakar roti dan Adam terus membakar roti seperti yang di ajar. Api hampir-hampir terpadam disebabkan oleh peluh yang mengalir dari tubuh Adam. Kelaparan terus mencengkamnya, dia terkenang syurga terus mengalir air mata kesedihannya dan akhir selesai Adam membakar roti. Malaikat Jibril berkata: “sekarang kamu boleh makan”

Adam terus membawa roti kepada Hawa, dan mereka menyebut nama Allah barulah mereka berdua makan setelah selesai makan barulah rasa lapar hilang. Adam dan Hawa terkenang makanan syurga yang lazat, teringgat perintah Allah supaya jangan memakan dari pokok khuld dan teringgat merekan dicampak keluar dari syurga lalu mereka berdua menanggis dan bertambah kuat suara tanggisan Adam dan Hawa.

Sesungguh telah tamat hari-hari bahagia dan kerehatan dalam syurga. Bermulalah kehidupan yang susah dan sukar di dunia. Mereka tidak dapat kembali ke syurga melainkan selepas kematian. Alangkah panjang kehidupan dunia yang penuh keletihan dan kesukaran.

bersambung…..

Sumber dari : http://ustmuhammad.wordpress.com/2008/03/03/kisah-qabil-dan-habil-bahagian-1/

Kisah Harut dan Marut

•Januari 16, 2009 • Tinggalkan Komen

Surah al Baqarah:102

Alam Malaikat adalah yang alam tinggi di alam langit. Para malaikat berkumpul, mereka berbisik sesama mereka dan teringat firman Allah kepada mereka “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khlifah di muka bumi” al Baqarah:30 Lalu mereka berkata “mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau” Tuhan berfirman sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui” al Baqarah:30 Allah telah mengajarkan Adam nama nama benda seluruhnya, menempatkan Adam di dalam syurga, mencipta Hawa sebagai isteri kepada Adam dan rakan kongsinya sehinggalah Adam mengengkari perintah Allah dengan memakan buah dari pohon khuld dan akhirnya Adam di keluarkan dari syurga dan di campak ke dunia. Bermula kehidupan Adam dan Hawa di dunia. Lahir zuriat Adam di dunia dan akhir berlaku pembunuhan pertama Qabil ke atas Habil. Selepas itu zuriat anak Adam terus berkembang dan bertambah ramai di dunia. Akhirnya dunia penuh dengan dosa dosa keturunan Adam. Mereka lupa tugas mereka sebagai khalifah Allah di bumi. Mereka membuat berhala lalu mereka menyembah berhala tersebut. Begitulah berlalu kehidupan manusia yang penuh kelalaian, penuh kemaksiatan, mencuri, merampas hak sesama mereka dan membunuh antara satu sama lain dan dunia diselubungi kezaliman. Kesemua ini dicatit oleh malaikat sehingga buku catitan mereka menjadi gelap hitam gelemat, lalu malaikat pun berkata beginikah keadaan khalifah Allah di bumi?kenapa Allah memilih mereka menjadi khalifah sedangkan mereka mengengkariNya? Lalu Allah berfirman kepada para malaikat “jika sekiranya Aku menjadikan kamu semua seperti manusia nescaya kamu juga akan melakukan seperti apa yang telah berlaku dikalangan manusia” Malaikat menjawab; wahai Tuhan! Maha Suci Engkau kami sekali kali tidak akan mengengkari Kamu. Maka Allah berfirman lagi;pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu. Lalu para malaikat memilih Harut dan Marut kerana mereka berdua adalah yang paling terbaik beribadat kepada Allah dari kalangan malaikat. Firman Allah ” dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut” al Baqarah:102 . Babil atau dikenali dengan Babylon di Iraq. Babylon ketika penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa. Di sana sini terdapat kelompok manusia berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan menari dalam separuh bogel. Ada sebahagian mencuri barang barang orang, kerana mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi dan menari. Kesemua hal keadaan ini dilihat dan didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka menjadi manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di Bandar Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kecantikan dan keputihan malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan kecantikan mereka berdua. Setelah lama berjalan jalan di kota Babil mereka berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku terasa sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah badanku berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya. Marut menyahut kata kata Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi perutku amat terasa sakit. Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak pernah merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan menyucikan Allah. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka makanan. Tiba tiba mereka tercium aroma daging bakar yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua segera pergi mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera dalam majlis tersebut. Mereka terus masuk ke dalam majlis itu, tetapi rasa mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi penghalang dari mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka menyembunyi bunyi perut yang lapar dari terus berbunyi?Lalu mereka berdua pergi duduk dekat dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu. Orang ramai juga memerhatit Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa kasihan lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama orang ramai sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi. Selesai makan, mereka pun memerhati semua orang ramai yang sedang makan, mereka memerhati seluruh tempat di dalam majlis itu. Akhirnya mata mereka berdua terpaku melihat kecantikan dan kejelitaan seorang wanita, wajahnya cantik bak bulan purnama. Itulah Zahrah ratu cantik di Babil. Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah kerana telah melakukan dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan bertaubat dari dosa tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir hampir membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka mereka. Tetapi setelah perasaan penyesalan berlalu, syahawat datang kembali sekali lagi mereka memandang Zahrah dengan asyik sekali, sehinggalah suara iman dalam hati mereka memberontak dan berkata ini nafsu dan bujukan syaitan. Suara iman mengatasi syahawat mereka segera beristighfar kepada Allah SWT. Mereka memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah itu? Akhirnya mereka dapat jalan penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah segera meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah. Lalu mereka terus melangkah keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis tersebut, perasaan syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah, mereka serentak berpaling untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka meneruskan perjalanan, lari jauh meninggal majlis itu. Dalam perjalanan itu Harut dan Marut tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua tertanya tanya apakah yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari perintah Allah dengan melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas mereka. Harut pun berkata kepada Marut; nafsu manusia buruk dan keji mendorang kita melakukan maksiat kepada Allah. Alangkah keji nafsu manusia! Marut menjawab; mungkin perasaan engkau sama seperti apa yang aku rasai sekarang! Ya aku takut tempat kembali kita adalah neraka, yang menjadi tempat balasan orang orang durhaka kepada Allah Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan takut kita mesti berusaha mengalah syahawat dan memaksa nafsu agar mengikut bisikan iman.Kita mesti terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah dan mesti meninggal terus tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh dari manusia dan tidak ada maksiat. Setelah senja matahari pun terbenam mereka masih meneruskan dan berhenti dengan kaki bukit, masih ada lagi cahaya kemerahan di kaki langit, beransur ansur bertukar menjadi gelap, kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan Marut khusyuk menunaikan solat dan bertasbih kepada Allah sambil memohon taubat ke atas dosa yang telah mereka lakukan Keadaan malam terus gelap gulita, semua makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang mendayu dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan mereka. Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan untuk kembali ke bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan. Setelah sampai di bandar, Harut berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang kembali balik? Harut menjawab; rasa kelaparan yang menyakitkan perut ku. Kata Marut; Kita dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah kenyang! Harut; kita perlu mencari makanan. Marut; jika kita dapat makanan dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita mesti bekerja untuk membeli makanan. Kerja apa yang kita boleh buat? Serah urusan kepada Allah, kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan memberi rezeki harta cukup kepada kita.

Sumber dari : http://ustmuhammad.wordpress.com/2009/01/06/kisah-harut-dan-marut/#more-36

Sebuah cerpen…(2)

•November 18, 2008 • Tinggalkan Komen

Terus membaca ‘Sebuah cerpen…(2)’

Bersyukur kerana apa?

•September 26, 2008 • 2 Komen

Mendengar ceramah dengan penuh khusyu'.

Alhamdulillah penulis diberi taufiq dan hidayah oleh Allah untuk menghadiri satu kuliah subuh pada hari ini. Penulis berasa kagum dengan kemampuan penceramah menyampaikan kuliahnya tanpa menggunakan teks. Dia berjaya menyampaikan dengan lancar dengan bersandarkan petikan-petikan dari Al-Quran dan Hadis di dalam kuliahnya yang lebih kurang satu jam itu. Berikut adalah lebih kurang penyampaian yang disampaikan yang dapat penulis ingat.

 

Kita bersyukur bukan kerana kita masih hidup, kerana binatang pun masih hidup. Kita bersyukur bukan kerana kita dapat makan, kerana binatang pun dapat makan. Kita bersyukur kerana kita masih dapat melaksanakan ibadat kepada Allah. Iradat atau kehendak Allah ada dua bahagian menurut Sheikh Said Ramadhan Al-Buthi iaitu iradat takwiniyyah dan iradat tasyri’iyyah. Iradat takwiniyyah contohnya seperti manusia dijadikan oleh Allah ada lelaki dan ada perempuan – tiada pilihan. Bentuk rupa paras – hidung mancung, hidung kemek dan sebagainya – juga tiada pilihan bagi manusia. Juga seperti kita dijadikan oleh Allah berbangsa Melayu bukannya bangsa lain seperti Arab, China, India dan sebagainya – tiada pilihan. Iradat yang kedua ialah iradat tasyri’iyyah bermaksud Allah menetapkan syariat Islam mengikut kehendaknya seperti solat, puasa, zakat, haji, bab-bab munakahat seperti perkahwinan lelaki dan perempuan di dalam Islam, poligami (sila rujuk Surah Al-Nisa’ ayat 3), suami tidak dibenarkan bergaul dengan isterinya sekiranya isteri di dalam haidh dan lain-lain hukum yang bersangkutan dengan munakahat atau nikah-kahwin. Di dalam menetapkan syariat Islam juga adalah kehendak Allah yang tidak boleh ditolak oleh manusia. Manusia hendaklah menerima iradat Allah ini dengan terpaksa.

 

Kalau hendak dihitung ibadat yang kita lakukan sepanjang tahun sangat sedikit. Contohnya kalau dicongak solat lima waktu sehari semalam masa yang diambil cuma lebih kurang 6 min satu solat, lima waktu jadi lebih kurang 30 min sahaja, puasa wajib di bulan Ramadhan sahaja, zakat harta diwajibkan bila ada kemampuan, haji ke tanah suci bagi sesiapa yang mampu sahaja yang wajib menunaikannya. Kita banyak mendapat rahmat daripada Allah. Ada batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah untuk orang-orang yang beriman seperti perkahwinan dibenarkan 2, 3, atau 4 dan tidak boleh lebih daripada 4. Orang yang beriman akan patuh kepada ketentuan Allah tanpa mempersoalkannya.

 

Di akhirat nanti kita tidak akan ditanya oleh Allah kenapa dengan rupa paras kamu seperti hidung kemek, mata sepet, kulit hitam atau apa sahaja bentuk fizikal kita tetapi yang akan ditanya nanti oleh Allah ialah harta kamu perolehi dari mana, ke mana kamu membelanjakan harta-harta kamu di dunia ini, dan sebagainya yang berkaitan dengan amalan baik dan buruk kita semasa hidup. Mata sepet, hidung kemek, mata biru tak hitam itu semua adalah iradat takwiniyyah Allah yang mana tiada pilihan untuk kita. Tapi solat, puasa, zakat, haji dan ibadat-ibadat yang lain adalah sesuatu yang boleh kita pilih samada hendak buat atau tidak. Kalau kita tak buat maka kita sendirilah yang menanggung akibatnya – menerima balasannya. Contoh rahmat Allah ialah orang yang melanggar suruhan Allah dan bertaubat kepada jalan yang benar selepas itu melakukan ibadat kepada Allah selama 3 tahun dan meninggal dunia dan Allah memasukkannya ke dalam syurga dengan izinNya selama-lamanya bukan sekadar 3 tahun tempoh dia melakukan kebaikan di dunia ini. Sekiranya kita beribadat selama tiga tahun dan masuk syurga pun tiga tahun selepas itu dikeluarkan dari syurga dan masuk neraka pula apa perasaan kita agaknya.  Alangkah sengsaranya jiwa kerana setelah mengetahui nikmat syurga kemudian disuruh pula duduk di dalam neraka. Nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya yang beriman ialah walaupun beribadat selama tiga tahun sahaja dan amalannya diterima oleh Allah jadi masuklah dia ke dalam syurga selama-lamanya.

Rumah yang elok, kenderaan yang baik dan isteri yang solehah ialah di antara kebahagiaan seseorang insan.

 

Kebahagiaan sesebuah rumahtangga bukanlah hanya terletak kepada kesenangan hidup seperti rumah yang besar, kereta besar, isteri, duit banyak tetapi kebahagiaan yang sebenar ialah di saat berjumpa dengan Allah di akhirat kelak dalam keadaan ‘qalbun salim’ (jiwa yang tenang).   Jiwa yang tidak tenang adalah akibat dari tidak mengingati Allah. Dengan tidak berzikir atau mengingati Allah jiwa menjadi sempit.

Kisah Teladan

•September 26, 2008 • Tinggalkan Komen
Perjalanan yg jauh memerlukan bekalan yg cukup

Menuju destinasi...

“Beberapa hari yang lalu, penulis bersolat Zuhr di Masjid UKM. Selepas solat Zuhr, pihak masjid mengadakan tazkirah Zuhr sementara menunggu ahli jemaah masuk semula ke pejabat. Walaupun tazkirah Zuhr itu hanya berlangsung selama lebih kurang 20 minit tapi ianya memberi kesan sebagai satu peringatan lebih-lebih lagi sebagai pencetus semangat di dalam mengharungi ibadah puasa.
 
Ustaz yang menyampaikan tazkirah pada hari itu memberitahu yang puasa ini ibarat satu ’station’ atau tempat perhentian, yang mana kita perlu mengambil seberapa banyak bekalan kerana kita tidak mengetahui sejauh manakah lagi perjalanan yang akan kita tempuh untuk menuju akhirat.
 
Walaupun kata-kata itu sudah berlalu beberapa hari tetapi ianya masih segar dalam ingatan, begitulah fitrah bila kata-kata yang lahir dari hati yang ikhlas ia akan menusuk masuk ke dalam jiwa pendengarnya.
 

Berhenti makan, minum, rehat, tunai hajat sekejap...lepas tu sambung perjalanan ke destinasi yg nak di tuju.

 

Hari ini sudah hari ke-7 kita berpuasa, ada 22 atau 23 hari lagi yang tinggal untuk kita mengaut bekalan…..bukan bekalan berupa wang berjuta-juta ringgit, harta benda yang banyak, kesenangan hidup di dunia, pangkat yang tinggi, kedudukan yang disanjung orang…..tetapi bekalan untuk kita menempuh perjalanan kita menuju akhirat, tempat tinggal kita yang kekal abadi.” Wallahu’alam.