Perihal
Aku sebenarnya mengharapkan keredhaan Allah dan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat. Juga aku mendoakan supaya Allah mengurniakan aku kefahaman tentang Agama Islam yang suci ini supaya aku tidak tertipu dengan bujukan dan tipudaya syaitan. Aku tahu bahawa banyak rintangan dan halangan yang akan aku tempuhi di dalam mengharungi liku-liku hidup ini. Itu adalah ujian daripada Allah. Hidup ini memerlukan pengorbanan. Sahabat yang baik sangat penting di dalam memberi pengetahuan dan tunjuk-ajar di dalam urusan sehari-harian. Masa, tenaga dan wang ringgit mesti disumbangkan untuk meraih pahala dan syurga. Ya Allah tetapkanlah hati ini di atas jalanMu dan tunjukkanlah hati ini di atas jalan yang Engkau redhai. Ya Allah, kurniakan daku sahabat-sahabat yang soleh yang sentiasa memberi daku panduan kepada jalan yang lurus iaitu jalan yang Engkau redhai. Ya Allah, Engkaulah yang aku sembah dan Engkaulah yang aku memohon pertolongan. Amin.

Tinggalkan jawapan