SEPULUH TERAKHIR RAMADHAN SAAT YANG DINANTIKAN

•September 22, 2008 • Tinggalkan Komen

Berdoa dan banyak membaca Al-Quran

Berdoa dan banyak membaca Al-Quran

Tirai 10 terakhir Ramadan menjelma dengan pelbagai ganjaran dan kelebihan yang bakal diterima kepada mereka yang menghidupkannya. Jika sekiranya di awal Ramadan adalah rahmah, dipertengahannya adalah keampunan maka di sepuluh terakhir ini merupakan janji Allah untuk membebaskan manusia daripada api neraka. Rasulullah SAW sendiri sentiasa memperingatkan isteri dan sahabatnya agar memperbanyakkan amalan di sepuluh terakhir Ramadan apatah lagi dengan adanya malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam al-Qadar sebagaimana dijanjikan oleh Allah. Semuanya ini menggambarkan betapa pentingnya untuk umat Islam merebut peluang yang datang hanya setahun sekali ini dengan azam dan keyakinan bahawa rahmat Allah SWT akan diterima apabila bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Rebutlah peluang untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari 1000 bulan atau 83 tahun ini. Malam yang hanya berlaku setahun sekali ini adalah dipenuhi dengan keistimewaan kerana Allah SWT menganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang berusaha mendapatkannya dengan amal ibadat seperti solat, membaca al-Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. Prof Dr Hamka mengungkapkan dalam Tafsir al-Azhar; Lailatul Qadar bererti malam kemuliaan yang tinggi dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW.

Silaturrahim adalah tuntutan Islam. Salah satu cara untuk memupuk silaturrahim ialah dengan beriadhah.

Silaturrahim adalah tuntutan Islam. Salah satu cara untuk memupuk silaturrahim ialah dengan beriadhah.

Muslim yang hakiki tidak akan melepaskan peluang yang terbuka dihadapannya dengan kedatangan sepuluh terakhir Ramadan. Dirinya tidak disibukkan dengan membuat persiapan-persiapan Aidilfitri dan pekerjaan yang lainnya kerana dirinya fokus untuk menyambut kedatangan akhir Ramadan dengan penuh pengharapan untuk mendapat keampunan daripada Allah kerana mengetahui bahawa alam akhirat adalah alam abadi yang menentukan kehidupannya. Dunia diibaratkan hanyalah untuk perjalanan seorang musafir yang berteduh sebentar untuk mengambil bekalan bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang terakhir.
Masyarakat muslim di Malaysia kebiasaannya akan membanjiri masjid atau surau di awal Ramadan; berkurangan di pertengahannya dan semakin berkurangan di sepuluh terakhir Ramadan kerana kesibukan yang dibuat sendiri. Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita amalan-amalan yang perlu dilipat-gandakan di sepuluh terakhir Ramadan berbanding di awal dan pertengahannya. Di antara amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di sepuluh terakhir adalah seperti berikut:
Menuntut ilmu juga merupakan suatu ibadah.

Menuntut ilmu juga merupakan suatu ibadah.

a. Beriktikaf. Rasulullah akan mengikat kainnya (untuk tidak bersama dengan isterinya) dan banyak menghabiskan masanya untuk beriktikaf di masjid. Iktikaf adalah satu bentuk uzlah syuuriyyah (Uzlah perasaan) sebagaimana yang diungkapkan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan memberi peranan yang besar dalam pembentukan hati yang tunduk kepada Allah SWT. Melalui iktikaf; umat Islam akan sentiasa bermuhasabah dengan kehidupannya dan tidak mensia-siakan waktu yang ada dengan perkara-perkara yang merosakkan pahala iktikafnya. Tumpuannya adalah untuk bermunajat siang dan malam kepada Allah SWT dengan amalan-amalan yang membersihkan jiwanya. Justeru, iktikaf yang dilakukan dengan sempurna akan memberi impak dan kesan yang hebat di dalam diri mukimin yang melaksanakannya. Cara yang terbaik untuk beriktikaf adalahseperti berikut:

  1. 1) Niat beriktikaf kerana Allah.
  2. 2) Berdiam diri di dalam masjid dengan memperbanyakkan zikir, tafakur, membaca doa, bertasbih dan hendaklah menguatamakan pembacaan al-Quran.
  3. 3) Menghindarkan diri dari melakukan perbuatan atau menuturkan perkataan yang lagha dan hendaklah sentiasa berdoa untuk memohon keampunan kepada Allah SWT.
Al-Quran adalah Kalamullah. Al-Quran menjadi pedoman hidup kita. Membacanya menjadi ibadah. Satu huruf = 10 pahala. Alif, Lam, Mim adalah 3 huruf = 30 pahala. Ganjaran yang Allah beri kepada ummat Nabi Muhammad SAW. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah sekarang sebelum Ramadhan meninggalkan kita.

Al-Quran adalah Kalamullah. Al-Quran menjadi pedoman hidup kita. Membacanya menjadi ibadah. Satu huruf = 10 pahala. Alif, Lam, Mim adalah 3 huruf = 30 pahala. Ganjaran yang Allah beri kepada ummat Nabi Muhammad SAW. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah sekarang sebelum Ramadhan meninggalkan kita.

b. Membaca al-Quran. Membaca al-Quran merupakan zikir yang paling afdhal untuk dilakukan oleh setiap mukmin. Imam Syafie mengambil keberkatan Ramadan ini dengan mengkhatamkannya sebanyak 30 kali di bulan yang mulia ini malah para ulamak sentiasa memperingatkan agar amalan ini dilaksanakan dengan baik kerana membantu memberishkan jiwa daripada sifat-sifat mazmumah yang amat dimurkai oleh Allah SWT.

Ramadhan kareem = Ramadhan yang mulia

Ramadhan kareem = Ramadhan yang mulia

c. Mencari Malam al-Qadar. Allah SWT memnganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan kepada umat Nabi Muhammad SAW dengan menganugerahkan malam al-Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Lailatul Qadar merupakan satu keuntungan yang amat besar untuk muslim yang memburu dan mencarinya. Kaab bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa: ”Allah SWT telah memilih saat-sata yang baik, maka Allah memilih saat untuk waktu solat; Allah telah memilih hari, maka Allah telah memilih hari Jumaat; Allah SWT telah memilih bulan, maka Allah memilih bulan Ramadan; Allah telah memilih malam, maka Allah memilih lailatul Qadar. Dialah seutama-utama malam dalam seutama-utama bulan”.

Kesempatan sepuluh terkahir Ramadan tahun 1429 H ini hendaklah diisi dengan amalan-amalan yang memerdekakan jiwa daripada perhambaan kepada hawa nafsu yang mendorong kepada kemungkaran. Jiwa yang bersih daripada perhambaan kepada nafsu akan mengarahkan dirinya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT bagi mendapat ganjaran yang amat besar di sisiNya. Jangan lepaskan peluang yang terbuka luas dihadapan diri kita dengan mensia-siakannya melalui kesibukan dunia.

Source: http://ismaweb.net/v2/Article668.html

Masa Itu Kehidupan

•Ogos 11, 2008 • Tinggalkan Komen

Kesenangan dunia hanya sementara...

Masa. Ramai orang bercakap tentang masa. Ada pepatah mengatakan “Masa Itu Emas”. Maknanya betapa mahalnya harga masa itu sehingga dinisbahkan dengan nilai emas. Jam di tangan kita, tidak kira samada di kiri atau kanan tangan kita akan sentiasa berdetik walaupun kita tidak menghiraukannya. Masa tetap berlalu.

Bagi pelumba F1, masa yang dihabiskan di “pit stop” amat berharga bagi mereka kerana masa yang digunakan untuk mengisi minyak, menukar tayar atau apa-apa keperluan kereta F1 itu menentukan mereka berada di nombor 1 ataupun hanya berpuas hati dengan nombor 7 atau nombor 10.

Dalam peperiksaan penting bagi seseorang pelajar pula masa menjadi ukuran samada pelajar itu berjaya dengan cemerlang ataupun tidak. Ya. Itulah masa. Amat penting di dalam kehidupan kita. Pepatah arab mengatakan al-waqtu hayah bermakna “masa itu kehidupan”. Setiap detik masa yang berlalu itulah kehidupan yang kita lalui di dunia ini. Manusia hidup lebih kurang 60 atau 70 tahun. Ada yang umur panjang sampai 80, 90 tahun. Tapi ada meninggal dunia semasa muda remaja 20an, 30an atau 40an. Walaubagaimana panjang atau pendek sekalipun umur yang manusia ’spend’ di dunia ini ianya hanya sekejap jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat nanti. Satu hari di akhirat adalah 1000 tahun di dunia. Jadi sekiranya manusia hidup 60 tahun di dunia maka di akhirat hanyalah 60/1000 hari atau 0.06 hari sahaja di akhirat. Sangat pendek masanya.

Sehubungan dengan itu, adakah kita asyik mengejar keseronokan dunia sahaja sehingga melupakan bekalan yang perlu kita bawa untuk ke akhirat kelak. Penulis menggunakan perkataan bekalan kerana kita di dunia ini adalah seperti pengembara yang singgah sekejap di kawasan rehat kerana untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan yang jauh. Cuma berbeza di kawasan rehat kita berehat untuk makan dan minum atau melelapkan mata sekejap tetapi pada hakikatnya di dunia ini kita tidak ada masa rehat yang panjang bila mengenangkan bekalan yang belum mencukupi iaitu merupakan amal ibadat dan pengabdian kita kepada Allah Taala. Pengabdian atau ubudiah kita kepada Allah Taala itulah sebenarnya menjadi tujuan kita hidup di dunia ini. Allah Taala tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaNya semata-mata. Sebab itu Allah Taala menjadikan kita bukan untuk bermain-main tetapi untuk kita beribadat kepadaNya semata-mata dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun.

Bekalan apakah yang patut kita sediakan untuk perjalanan kita di negeri akhirat nanti? Tentulah banyak perkara yang boleh kita lakukan. Di antaranya ialah:-

  1. Menunaikan segala yang fardhu dan wajib ke atas diri kita seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya,
  2. Berusaha melakukan perkara-perkara sunat seperti solat sunat, puasa sunat, bersedekah, menolong fakir dan miskin dll,
  3. Solat berjemaah di masjid atau surau terutama solat subuh,
  4. Memperbanyakkan membaca Al-Qur’an. Berusaha mengkhatamkan Al-Qur’an dalam masa sebulan,
  5. Infaq di jalan Allah. Memberi bantuan kewangan untuk kerja-kerja yang berfaedah kepada masyarakat terutama orang-orang yang memerlukan pertolongan,
  6. Merenung dan memikirkan tentang alam semesta. Mengkagumi kehebatan Allah sebagai Pencipta alam semesta,
  7. Berusaha mendalami dan memahami fikrah atau ideologi Islam yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Taala.
  8. Semoga Allah Taala memberi kita taufiq dan hidayahNya untuk kita mengamalkan semuanya kerana kita tidak tahu bilakah kita akan dipanggil bertemu denganNya. Amin.

 Zikrullah

Sebuah cerpen…

•Ogos 8, 2008 • Tinggalkan Komen
Solat tiang agama
Solat tiang agama
Ahmad terasa ingin menangis sekuat hati bila mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukannya. Tetapi airmatanya tidak keluar. Tidak tahu apa sebabnya. Adakah hatinya telah keras. Sekeras batu. Sekeras logam. Itulah yang menjadi tanda tanya. Dulu semasa zaman muda remaja semasa masih menuntut di universiti Ahmad cukup cepat sensitif dan mengalirkan airmata bila disentuh dengan peringatan-peringatan, pesanan-pesanan tentang kematian, tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah dan tanggungjawab atau taklif dakwah kepada masyarakat. Begitu juga bila program-program yang berbentuk kerohanian seperti qiyamullail semasa di universiti, Ahmad pasti datang dan kadang-kadang menangis bila imam sujud panjang. Dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim mesti berdakwah mengajak orang terdekat terdiri dari kawan-kawan, sanak-saudara supaya mereka memahami Islam sebagaimana yang difahami olehnya.
Ilmu untuk tingkatkan jatidiri
 
Ilmu sebagai persiapan untuk berdakwah kepada masyarakat

Hatinya tenang dan tenteram bila teringatkan peristiwa bersama-sama rakan yang sentiasa memahami agama dan mengajaknya ke program-program untuk mengubat hati. Muka mereka berseri-seri, bersih dan menggambarkan keikhlasan. Muka mereka bermatlamat jelas. Begitulah bila hati sudah dididik dengan jalan yang lurus. Kehidupan di dunia hanya sementara. Hati yang sudah merasa suka dan seronok dengan kebaikan. Hati yang cinta untuk berbuat baik. Hati yang mencintai ukhuwwah semata-mata kerana Allah. Bukan kerana hendakkan kesenangan dunia seperti pangkat besar, kereta besar, rumah besar, harta yang banyak. Niat mesti ikhlas. Dakwah kerana Allah Taala sahaja. Bukan kerana yang lain yang bersifat tidak kekal. Macam perkahwinan juga. Pilih isteri yang beragama bukan hanya yang berwajah cantik kerana rupa yang cantik tidak tahan lama 50, 60 tahun akan jadi berkedut. Tak boleh hendak elak. Itu realiti. Harta juga akan habis atau hilang, tetapi kalau dapat isteri yang beragama dia akan jaga maruah dia, jaga harta dan rumahtangga suami dia dan yang penting didik dan tarbiyah anak-anak dia dengan akhlak dan agama yang elok.

Kali ini Ahmad benar-benar bertekad mahu membersihkan dosa-dosanya. Kerana dia berasa takut maut akan datang menjemputnya dalam keadaan dirinya yang penuh dengan dosa-dosa dan tidak sempat bertaubat. Dia menanam keazaman untuk kembali kepada Allah Taala dengan banyak membaca Al-Qur’an, banyak berzikir dan beristighfar memohon keampunan kepada Tuhan. Ya, dia menyesal dengan sesungguh hati kerana ilmu yang dipelajari semasa di universiti dahulu tidak dipraktikkannya di dalam kehidupan sekarang. Sepatutnya dia sudah menjadi seorang yang kuat beribadat dan kuat menyampaikan dakwah kepada masyarakat kerana dia sudah memahami taklif ini lama dahulu. Tapi dia merasakan bahawa imannya semakin lemah kerana kesibukan urusan dunia, mengaut kekayaan dunia. Namun pada hakikatnya dia tidaklah menjadi kaya juga. Sesiapa yang menolong Allah, maka Allah akan menolongnya. Dia berazam akan bergiat dengan memperbaiki dirinya dan berdakwah mengajak orang lain terutama generasi muda untuk kembali memahami agama yang sebenarnya. Dia bersyukur kepada tuhan kerana dia dapat mempelajari agama semasa usianya masih muda belia. Itulah maknannya ada orang lain yang berdakwah kepadanya. Jadi mengapa tidak dia berdakwah kepada generasi muda ini supaya selepas mereka memahami agama mereka akan berdakwah kepada orang lain pula satu hari nanti. Sudah jadi macam sistem MLM tapi yang ini ganjarannya berapa. Harta dunia akan habis. Tapi pahala memahamkan orang ke jalan Allah berapakah ganjarannya kalau hendak dihitung. Fikir Ahmad sambil bergerak ke masjid untuk solat Asar berjemaah.

Tiga ta’

•Ogos 8, 2008 • Tinggalkan Komen
Kereta mewah menjadi idaman setiap orang.

Kereta mewah menjadi idaman setiap orang.

Kebanyakan manusia hidup di dunia ini mengejar tiga perkara ini. Penulis namakan dengan 3 ta; wanita, harta & takhta. Kecuali orang-orang yang benar-benar beriman dengan yakin, mereka menjadikan 3 perkara ini untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Wanita, penulis meletakkannya di tangga teratas kerana banyak sebab. Di antara sebab-sebabnya ialah godaan wanita adalah sesuatu cubaan yang berat bagi kaum lelaki. Banyak sejarah yang diketahui dari dahulu sehingga sekarang adalah berkaitan dengan cubaan wanita. Sila rujuk ayat Al-Quran surah ali-imran ayat 14.

Harta juga menjadi rebutan manusia kerana dengan harta manusia memperolehi pelbagai nikmat hidup di dunia. Dengan harta yang banyak melimpah-ruah manusia disanjungi dan dihormati oleh orang lain. Dengan harta yang banyak juga manusia boleh memiliki rumah besar, kereta besar, isteri yang cantik, makanan dan minuman yang enak. Harta dan wang ringgit menjadi rebutan kerana dengannya manusia boleh memilWanita solehah hiasan dunia paling baikiki segala-galanya; kesenangan hidup dan memenuhi tuntutan hawa nafsu.

Takhta atau pangkat satu lagi perkara yang menjadi rebutan manusia. Ada yang sanggup berpecah-belah, bermusuhan sesama saudara, dan sebagainya kerana hendakkan pangkat kedudukan di sisi masyarakat.

Cubalah kita ingat balik ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa yang bermaksud pada hari tidak ada menafaat (faedah) harta dan anak-pinak kecuali sesiapa yang kembali kepada Allah dengan jiwa yang tenang.Kejar pangkat kerana harta...

Sama-sama kita renungkan.

Adakah kita termasuk di dalam golongan jiwa-jiwa yang tenang? Atau kita masih belum puas mengejar tiga ta kerana memenuhi tuntutan nafsu syahwat? Bersediakah kita untuk bertemu dengan Allah dalam keadaan kita sekarang ini? Sama-sama kita fikirkan.

Tiga Persoalan Asas Yang Mesti Dijawab

•Ogos 8, 2008 • Tinggalkan Komen
Matahari terbenam...

Matahari terbenam...

Ada tiga persoalan asas yang perlu kita tanya diri kita sendiri.

  1. Dari mana kita datang?
  2. Kenapa kita datang ke muka bumi ini?
  3. Ke manakah kita akan dikembalikan?

Mari kita renung diri kita. Adakah kita pernah terfikir untuk mengeluarkan persoalan yang begitu asas ini didalam hati kita? Bagi seorang jurutera, dia mungkin pernah menjawab soalan rumit termodinamik atau jet combustion. Bagi seorang doktor, dia mungkin pernah menyelesaikan masalah pengaliran darah di dalam otak atau soalan anatomi yang kompleks. Seorang jurutera nuklear pula mungkin pernah menemui formula atom yang sofistikated. Seorang pakar matematik pula mungkin pernah menjawab soalan kalkulus yang memerlukan super komputer untuk mencari penyelesaiannya. Tidak kurang juga seorang ahli astronomi membuat pengiraan yang panjang bagi kedudukan sesuatu bintang atau galaksi.

Galaksi yang dijadikan oleh Allah Yang Maha Besar

 Walaupun soalan-soalan kompleks atau penemuan-penemuan yang canggih yang dijumpai oleh manusia di zaman ini, namun kita mesti kembali kepada tiga persoalan asas seperti di atas. Supaya kita mengenal siapa kita sebenarnya. Apa tujuan hidup kita di dunia ini. Adakah matinya kita sama seperti matinya kucing atau anjing di jalanan. Cuba kita lihat ke langit! Bagaimana burung-burung terbang Solat...salah satu ibadah kepada Allah Yang Maha Esa.di angkasa. Bagaimana jet direka. Kenapa turunnya hujan. Untuk apa. Untuk siapa. Berapa besar langit di hadapan kita. Berapa luas. Berapa jauh. Betapa cantiknya langit, awan, bulan, matahari, bintang, galaksi, dan bermacam-macam lagi yang kita lihat dengan mata kita atau dengan bantuan teleskop.

Ya Allah apa-apa yang Engkau jadikan ini tidaklah dengan sia-sia! Itulah ungkapan yang keluar dari lidah kita. Subhanallah.

Helo dunia!

•Februari 18, 2008 • 1 Komen

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!